7:48 PM

Tugas Penolong Kanan

Mukadimah :
Penolong Kanan bertanggungjawab kepada Pengetua untuk mencapai matlamat Dasar Pendidikan Kebangsaan. Dengan itu Penolong Kanan bertanggungjawab bagi melicinkan pentadbiran, mempertingkatkan prestasi pengajaran guru serta pembelajaran pelajar dan menyediakan khidmat bantu yang secukupnya supaya matlamat Dasar Pendidikan tercapai.

1.0 Bidang Tugas
1.1 Menjalankan tugas-tugas Pengetua semasa ketiadaan Pengetua
1.2 Mengajar sebilangan waktu mengikut arahan Pengetua.
1.3 Bertanggungjawab kepada pengetua dalam kurikulum, pentadbiran, hubungan dan keselamatan.
1.4 Membantu pengetua menyelia dan menilai pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
1.5 Membantu pengetua dalam semua aspek perancangan dan pengurusan sekolah.

2.0 Senarai Tugas:
2.1. Kurikulum
2.1.1 Menentukan perlaksanaan Kursus pengajian
2.1.2 Menentukan rancangan pelajaran harian, penggal dan lain-lain.
2.1.3 Mempastikan perjalanan panitia-panitia mata pelajaran
2.1.4 Membantu di dalam pengurusan penyediaan peralatan teknologi pendidikan, pusat sumber, makmal dan bengkel.
2.1.5 Menentukan penggunaan dan penyelenggaraan bahan-bahan sumber pendidikan.
2.1.6 Membantu serta membimbing dalam latihan mengajar bagi guru-guru yang baru mengajar di dalam menjalankan tugas harian mereka.
2.1.7 Mengkaji segala jenis laporan yang berkaitan dengan kurikulum serta mencadangkan tindakan susulan.
2.1.8 Membantu merancang dan menyeleraskan hal -hal yang berkaitan ujian, peperiksaan dan penilaian dan mencadangkan tindakan susulan.
2.1.9 Menyelaras pengurusan dan perjalanan kegiatan-kegiatan bimbingan dan pemulihan.
2.1.10 Menyelaraskan segala jenis program kurikulum yang dianjurkan oleh sekolah, Pejabat-pejabat Pendidikan Daerah, Jabatan Pendidikan Negeri dan Kementerian Pendidikan
2.1.11 Membantu di dalam menentukan buku-buku, bahan Pusat Sumber dan lain-lain buku bacaan serta kesesuaiannya
2.1.12 Menyusun Jadual Waktu Kelas dan Guru serta menyediakan Jadual Waktu Gantian

2.2. Pentadbiran
2.2.1 Membantu menentukan beban tugas guru-guru dan kakitangan bukan guru sekolah
2.2.2 Membantu menyelaras hal ehwal peperiksaan, kursus dan latihan untuk guru dan kakitangan bukan guru
2.2.3 Membantu dan menyelenggaraan kutipan data/ maklumat dan perangkaan
2.2.4 Membantu merancang Takwin Sekolah
2.2.5 Membantu menyelia kerja kakitangan guru dan bukan guru
2.2.6 Membantu menyediakan anggaran belanjawan tahunan sekolah
2.2.7 Menyelaras penyediaan Penyata Kewangan untuk urusan audit tahunan
2.2.8 Menyelaras semua punggutan yuran
2.2.9 Menjadi Ahli Lembaga Tatatertib Sekolah
2.2.10 Menjadi penandatangan kedua cek-cek sekolah

2.3 Kebersihan dan Keindahan Sekolah
2.3.1 Membantu di dalam merancang dan menyelia program bagi keindahan dan kebersihan sekolah

2.4 Keselamatan
2.4.1 Merancang langkah-lanngkah keselamatan bersama dengan Penngetua
2.4.2 Bersama-sama dengan Pengetua, merancang dan melaksanakan Latihan Mencegah Kebakaran dan kegiatan-kegiatan seumpamanya

2.5 Tugas-tugas Lain
2.5.1 Menganggotai Ahli Jawatankuasa yang diluluskan oleh Pengetua dari semasa ke semasa
2.5.2 Melaksanakan arahan-arahan lain dan tugas-tugas lain yang di berikan oleh Pengetua dari semasa ke semasa